Pages

Sunday, April 26, 2015

SUKAN ANTARA FAKULTI 2015

بسم الله الرحمن الرحيم

Sukan Antara Fakulti 2015


FST dinobatkan sebagai johan keseluruhan SUFA 2015 dengan pungutan mata terkumpul sebanyak 86 mata. Tahniah diucapkan kepada semua atlet yang telah bekerja keras. Dan tidak lupa juga kepada para penyokong yang tidak jemu memberi sokongan padu.
Majulah sukan untuk FST













‪#‎MEDIASEKREFAST
" Memimpin Eksplorasi Keilmuan "

Saturday, April 18, 2015

BUSINESS AND I.T. FESTIVAL lll, 2015

بسم الله الرحمن الرحيم

BUSINESS AND I.T. FESTIVAL lll, 2015

Today, Universiti Malaysia Sabah have organized a festival called Business And I.T. Festival for the third time (Business And I.T. Festival lll, 2015). Information regarding this event is as follows;

Date : 18th - 19th April 2015
Venue : Universiti Malaysia Sabah - Labuan International Campus

The purpose of Business and I.T. Festival is to provide a platform for students to expand their knowledge and cultivate ideas in business and I.T. among various public and private institution in Borneo and Peninsular Malaysia, as well as institutions from other countries such as Phillipines, Indonesia, Brunei and Bangladesh. There are several competitions held in the festival.

A total of 6 students from USIM were sent there and 3 of them are representatives from FST, Mohd Helmi Bin Jafri, 2nd year of Financial Mathematics, Zatul Amali Bt Sahwee, 2nd year of Actuarial Science and Risk Management, and Najihah Bt Zakaria, 2nd year of Actuarial Science and Risk Management. They are participating Business Plan Competition and Entrepreneur Fair.

We wish you all the best for your presentation and good luck!




#MEDIASEKREFAST
"Memimpin Ekplorasi Keilmuan"

Thursday, April 9, 2015

MAJLIS PELANCARAN BUKU SAINS AKTUARI : DARI AKTUARIUS KE AKTUARI

بسم الله الرحمن الرحيم

 MAJLIS PELANCARAN BUKU SAINS AKTUARI : DARI AKTUARIUS KE AKTUARI 


Alhamdulillah pada 8 April 2015, Majlis Pelancaran Buku Sains Aktuari : Dari Aktuarius ke Aktuari hasil karya Dr Haslifah dari University of Essex telah disempurnakan oleh YB. Dato' Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan II. Buku ini mengandungi pelbagai info mengenai bidang sains aktuari dan sejarah wujudnya bidang ini. Pada awal pagi telah diadakan Simposium Kepentingan Aktuari Dalam Pembangunan Negara yang telah dihadiri oleh pelajar Sains Aktuari & Pengurusan Risiko dan Matematik Kewangan. Beberapa orang wakil dari badan kerajaan dan wakil universiti telah dijemput untuk memberikan penyampaian mereka. Diharap bidang ini akan terus maju dan dapat membantu dalam pembangunan negara.



‪#‎MEDIASEKREFAST‬
" Memimpin Eksplorasi Keilmuan "

Monday, February 16, 2015

DAURAH UNIVERSITI

بسم الله الرحمن الرحيم

Daurah Universiti

Alhamdulillah telah berakhir daurah universiti di Pondok Bautul Qura' Walfuqaha' pada 15 Februari yang lalu. Mereka telah mengkhatamkan sebanyk 2 buah kitab dengan bimbingan Al-Fadhil Tuan Guru Haji Zulkifli Bin Ismail.


Semoga ilmu yang diperoleh dapat dikongsi bersama dan bermanfaat untuk ummah.
Syabas dan tahniah.







‪#‎MEDIASEKREFAST‬
"Memimpin Eksplorasi keilmuan"

Wednesday, January 7, 2015

BERANGKATLAH!

بسم الله الرحمن الرحيم

انفِرُواْ خِفَافً۬ا وَثِقَالاً۬ وَجَـٰهِدُواْ بِأَمۡوَٲلِڪُمۡ وَأَنفُسِكُمۡ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ‌ۚ ذَٲلِكُمۡ خَيۡرٌ۬ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُون
Go forth, light-armed and heavy-armed, and strive with your wealth and your lives in the way of Allah! That is best for you if ye but knew. (9:41)

Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), samada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab) dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. (9:41)

Berjihadlah  dengan apa yang kamu mampu. Sebagai pelajar, kita boleh berjihad melalui jalan ilmu. Berjihad juga dengan usaha kita membantu masyarakat yang berada dalam kesusahan bersempena dengan musim banjir  yang melanda beberapa negeri di Malaysia.



Tuesday, December 16, 2014

MAJLIS PENUTUP 10 TAHUN FST

بسم الله الرحمن الرحيم

MAJLIS PENUTUP 10 TAHUN FST












Thursday, December 11, 2014

AppreFaST 14

بسم الله الرحمن الرحيم

APPREFAST 14

11 Disember 2014 - Telah berlangsung Majlis Penyampaian Anugerah bagi meraikan kecemerlangan siswa yang memperoleh pencapaian terbaik sepanjang semester 2. Hari Anugerah ini dinamakan AppreFaST sempena penyampaian anugerah dekan, anugerah SuFa dan Watikah Perlantikan SekreFast BAgis esi 2014/15. Tahniah diucapkan kepada mahasiswa dan mahasiswi Fakulti Sains dan Teknologi yang menerima anugerah. Diharapkan kejayaan ini menjadi pendorong kepada siswa yang lain disamping menjadi penyumbang kepada kemajuan ummah.







#MEDIASEKREFAST
Memimpin Eksplorasi Keilmuan

Sunday, November 30, 2014

I-INOVA '14

بسم الله الرحمن الرحيم

i-INNOVA

Telah berlangsung Ekspo Inovasi Islam 1436H kali ke-5, bertemakan 'Commercialisation of Innovation for Ummah Well-Being', di Dewan Tuanku Canselor USIM. Terdapat pelbagai hasil inovasi yang menarik dipertandingkan dan dipamerkan oleh peserta-peserta dari serata Malaysia.
Manakala di bahagian kanan dewan terdapat pameran oleh setiap program di Fakulti Sains dan Teknologi (FST). Terdapat juga pelbagai aktiviti menarik seperti eksperimen dan permainan uji minda disediakan bagi setiap pengunjung yang hadir.

Gerai-gerai jualan juga dibuka di bahagian depan dan kanan dewan.
 Ekspo Inovasi Islam 1436H kali ke-5 ini berlangsung selama 3 hari, 28 - 30 November 2014 bersamaan 5 - 7 Safar 1436H.










‪

#‎MEDIASEKREFAST‬
'Memimpin Eksplorasi Keilmuan'

Tuesday, November 25, 2014

SALAM IMTIHAN

بسم الله الرحمن الرحيم

SALAM IMTIHAN

SekreFaST mengucapkan selamat menduduki peperiksaan kepada semua pelajar Universiti Sains Islam Malaysia amnya dan Fakulti Sains dan Teknologi khususnya. Semoga ilmu yang ditimba selama satu semester ini dapat memberi manfaat kepada ummah sekaligus memaju diri sendiri untuk masa depan yang lebih terjamin. 


Wednesday, November 19, 2014

NU'MIN SAAH

بسم الله الرحمن الرحيم

NU'MIN SAAH



SPMM USIM dengan kerjasama sekretariat setiap fakulti termasuk SekreFaST ingin menghidupkan budaya liqa' serti ilmu dengan memantapkan budaya tazkirah kuliah/kelas.  Oleh itu, semua mahasiswa/i digalakkan untuk menghidupkan suasana ini di kuliah/ kelas masing- masing.


‪#‎MEDIASEKREFAST‬
"Memimpin Eksplorasi Keilmuan"

MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN MPP 2014/2015 & MANDAT NAIB CANSELOR USIM

بسم الله الرحمن الرحيم

MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN MPP 2014/2015 & MANDAT NAIB CANSELOR USIM

Sekalung ucapan tahniah dan takziah diucapkan kepada barisan Majlis Perwakilan Pelajar USIM sesi 2014/2015 atas pelantikan mereka bagi meneraju kepimpinan suara mahasiswa/i di USIM.

Langkah ini, langkah bersama.


#MEDIASEKREFAST
" Memimpin Eksplorasi Keilmuan "


Monday, November 10, 2014

PILIHANRAYA KAMPUS USIM 2014

بسم الله الرحمن الرحيم


PILIHAN RAYA KAMPUS USIM

Seluruh mahasiswa/i Universiti Sains Islam Malaysia diseru untuk turun mengundi bagi pilihanraya kampus pada hari Isnin, 10 November 2014. Setiap fakulti telah diagihkan kawasan pusat pengundian. Bagi Fakulti Sains & Teknologi, pusat pengundian bertempat di Aras 4, Bilik Tutorial 4.12 dan 4.13. Masa pengundian adalah bermula dari jam 9 pagi sehingga 5 petang.

Berikut adalah garis masa PRK USIM.


Antara calon yang bertanding di dalam pilihan raya kali ini bagi kerusi umum dan fakulti.







Pada 10 November 2014, telah dijalankan sesi pengundian calon. Saudari Aini Afiqah Mohd Safee, calon kerusi umum mewakili Fakulti Sains dan Teknologi telah memperoleh majoriti sebanyak 5603 undian. Manakala Saudara Muhammad Nor Amin Bin Jamaluddin dan Saudari Umi Nadzrah Abd Razak telah menang tanpa bertandingan bagi calon kerusi fakulti.



Semua mahasiswa/i menyahut seruan ini bersama bagi menunjukkan kecaknaan anda terhadap pilihanraya kampus. Tahniah dan Takziah, selamat maju jaya diucapkan kepada semua calon MPP sesi 2014/2015. Teruskan berkhidmat untuk kesejahteraan mahasiswa/i.

#MEDIASEKREFAST

" Memimpin Eksplorasi Keilmuan "

Sunday, November 9, 2014

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH

بسم الله الرحمن الرحيم

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH

9 November 2014 - Biro Kerohanian Sekrefast atau dikenali sebagai RoSe dengan kerjasama Masjid Sultan Hishamuddin Bandar Baru Salak Tinggi telah menganjurkan kursus pengurusan jenazah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang teknik-teknik yang betul untuk menguruskan jenazah. 






Sedikit sorotan video sekitar kursus pengurusan jenazah yang telah berlangsung .

‪#‎MEDIASEKREFAST‬
" Memimpin Eksplorasi Keilmuan"

Saturday, November 8, 2014

BENGKEL MULTIMEDIA DAN VIDEOGRAFI

ASSALAMUALAIKUM


BENGKEL MULTIMEDIA & VIDEOGRAFI 2014

8 Nov 2014 - Alhamdulillah, Unit Multimedia dan Penerbitan Sekretariat Pelajar Fakulti Sains dan Teknologi (SekreFaST) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama Sekretariat Mahasiswa Fakulti Ekonomi dan Muamalat, SekreFEM USIM bagi sesi 2014/2015 telah menganjurkan bengkel multimedia dan videografi yang bertujuan untuk menerapkan kemahiran-kemahiran dalam bidang multimedia dan videografi.

Bengkel ini merupakan bengkel tertutup inisiatif daripada Unit Multimedia dan Penerbitan SekreFaST USIM yang melibatkan beberapa orang wakil bagi setiap unit Sekretariat Fakulti Sains dan Teknologi (SekreFaST) dan Sekretariat Fakulti Ekonomi dan Muamalat (SekreFEM). Bengkel ini mensasarkan beberapa objektif utama iaitu memberi pendedahan kepada barisan SekreFaST dan SekreFEM sesi 2014/2015 mengenai kepentingan pengetahuan tentang teknologi media pada masa kini terutama dalam penyebaran dakwah dan juga mendedahkan barisan SekreFasT dan SekreFEM tentang multimedia dan pembikinan video dalam menjayakan program yang bertujuan menyebarkan dakwah serta informasi  kepada mahasiswa dan mahasiswi USIM.


Dua orang tenaga pengajar yang berpengalaman telah dijemput untuk mengajarkan teknik penggunaan Adobe Photoshop iaitu Saudara Muhammad Nor Amin Bin Jamaluddin dan Saudara Syed Ubaydillah bagi teknik videografi. Pihak SekreFaST mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kerana sudi meluangkan masa hujung minggu bagi menyumbangkan tenaga untuk menjayakan bengkel ini. Di samping itu, pihak SekreFaST merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada Saudara Amin yang baru sahaja dilantik sebagai Majlis Perwakilan Pelajar bagi kawasan Fakulti Sains dan Teknologi 2014/2015.


Unit Multimedia dan Penerbitan SekreFaST mengucapakan tahniah kepada para peserta yang hadir ke bengkel ini. Semoga ilmu yang diperoleh hari ini dapat dimanfaatkan pada jalan yang betul.







"MEMIMPIN EKSPLORASI KEILMUAN"
Media SekreFaST