Pages

Thursday, April 9, 2015

MAJLIS PELANCARAN BUKU SAINS AKTUARI : DARI AKTUARIUS KE AKTUARI

بسم الله الرحمن الرحيم

 MAJLIS PELANCARAN BUKU SAINS AKTUARI : DARI AKTUARIUS KE AKTUARI 


Alhamdulillah pada 8 April 2015, Majlis Pelancaran Buku Sains Aktuari : Dari Aktuarius ke Aktuari hasil karya Dr Haslifah dari University of Essex telah disempurnakan oleh YB. Dato' Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan II. Buku ini mengandungi pelbagai info mengenai bidang sains aktuari dan sejarah wujudnya bidang ini. Pada awal pagi telah diadakan Simposium Kepentingan Aktuari Dalam Pembangunan Negara yang telah dihadiri oleh pelajar Sains Aktuari & Pengurusan Risiko dan Matematik Kewangan. Beberapa orang wakil dari badan kerajaan dan wakil universiti telah dijemput untuk memberikan penyampaian mereka. Diharap bidang ini akan terus maju dan dapat membantu dalam pembangunan negara.



‪#‎MEDIASEKREFAST‬
" Memimpin Eksplorasi Keilmuan "

No comments:

Post a Comment