Pages

Sunday, May 18, 2014

AgroFAST - Projek Usahawan Tani


AgroFAST merupakan program yang dikelola oleh Biro Khidmat Komuniti dan Alam Sekitar. Program ini bertujuan untuk melatih pelajar untuk menjana pendapatan ketika belajar disamping menghijaukan kawasan FST. Antara objektif lain projek AgroFAST ialah untuk memenuhi fardhu kifayah seperti yang dituntut oleh islam. Selain itu, AgroFAST juga mampu menyemai rasa cinta pelajar FST terhapap pertanian. Perasmian AgroFAST telah berlangsung pada pukul 2.30 petang  dan dirasmikan oleh Timbalan Dekan mewakili dekan FST, Prof. Dr. Norita Md Nawawi dengan menanam pokok. Program AgroFAST ini telah diadakan pada hari rabu bersamaan 7 Mei 2014 di Dewan Kuliah Sederhana 1.1.


Wajah ceria Prof Norita dan Encik Razak sewaktu merasmikan program AgroFAST


Penyerahan pokok kepada Timbalan Dekan FST sebagai penghargaan



No comments:

Post a Comment