Pages

Sunday, March 30, 2014

INDUKSI KEPIMPINAN & HALATUJU SEKREFAST SESI 2013/2014

 " Tidak ada kepimpinan bagi seseorang yang tidak amanah dan tidaklah ada manfaat beragama bagi seseorang yang tidak memegang janji". 
( HR Ahmad )


'Induksi Kepimpinan  & Halatuju SekreFaST sesi 2013/2014' merupakan suatu program di bawah anjuran Sekretariat Fakulti Sains dan Teknologi, SekreFaST. Program ini telah berlangsung selama dua hari bermula pada 25  Ogos sehigga 26 Ogos 2013 di Berhulu Camp, Jempol Negeri Sembilan. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mendedahkan dan memperhaluskan kemahiran kepimpinan para pemimpin yang memegang tampok kepimpinan Sekretriat Pelajar. 





Ahli Jawatankuasa SekreFaST dan wakilnya bersiap sedia untuk berangkat ke lokasi yang dituju



Harapan di akhir program ini semoga setiap individu yang terlibat dapat mengambil dan mempraktik input-input yang diberikan. Seterusnya sentiasa bersiap siaga untuk menjalankan tanggungjawab dan menjadi pemimpin mahasiswa Islam yang kompetensi dan berintegriti khasnya. Semoga terus thabat untuk memimpim ummah ke arah lakaran kecemerlangan Islam yang gemilang.

Seorang pemimpin adalah orang yang melihat lebih banyak daripada yang dilihat orang lain, 
melihat lebih jauh daripada yang dilihat orang lain, dan melihat sebelum orang lain melihat.

No comments:

Post a Comment