Pages

Saturday, March 22, 2014

Program Jalinan Kasih Ad-Deen Masyarakat

    Pada 27-28 April 2013, SekreFaST USIM telah menganjurkan Program Jalinan Kasih Ad-Deen Masyarakat Rohingya dengan kerjasama ICARE4N9Program ini bertujuan untuk mengeratkan dan merapatkan hubungan sesama muslim dengan masyarakat Rohingya kerana sesungguhnya setiap muslim itu adalah bersaudara. Program ini yang juga bermatlamatkan dengan menaiktarafkan kehidupan manusia seperti latihan kepimpinan keusahawanan, kerjasama dalam kumpulan, berfikir cara kreatif, professional, dan beretika.


    Seawal jam 7.30 kami bertolak ke Madrasah Hashimiyyah, Selayang untuk menjemput seramai 40 orang anak-anak Rohingya bagi program yang akan berlangsung selama 2 hari. Mereka menginap di Kolej Kediaman 1 sepanjang program ini. Pada Hari Sabtu, kami mengadakan sesi ta'aruf antara SekreFaST dengan anak-anak Rohingnya.  Seterusnya,  aktiviti permainan "Indoor & Outdoor War" dijalankan di sekitar Kolej Kediaman 1 diikuti dengan aktiviti Tadarus Quran bersama anak-anak Rohingya. Selepas seharian penuh dengan pelbagai aktiviti kami membawa anak-anak Rohingya untuk iftar dan solat tarawih bersama-sama di Masjid Putrajaya. 
   
    Pada keesokan harinya, kami mengadakan aktiviti luaran dengan membawa anak-anak Rohingnya ke KLCC untuk mencari barang persiapan Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi. Seusai itu, kami membawa mereka ke Kenanga Wholesale Mall untuk mencari barang-barang keperluan Aidilfitri yang masih belum mencukupi. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak yang terlibat yang bersama-sama mengembleng tenaga untuk menjayakan program ini.  

Di KLCC


 wajah ceria anak-anak Rohingya ketika membeli-belah di Kenanga Wholesale Mall



Kata Imam Al-Ghazali "Manusia adalah makhluk yang tidak boleh hidup tanpa masyarakat kerana dua faktor iaitu kehendak kepada keturunan dan mereka harus saling bantu-membantu". 

No comments:

Post a Comment