Pages

Monday, March 31, 2014

Hafost-Halal Food Seminar

The 5th Halal Food Seminar is back on 2013!With the theme of Halal: The Origin of Health,this year's HaFoS will expose the participants about Halal and its relation with our health. Hosted by Food Biotechnology Year 3 undergraduates of Faculty of Science & Technology, with great speakers and panelists. Here the details for HaFoS 2013 :

5th October 2013
Saturday
Dewan Kuliah Pusat 3

MASUM 2013 FASA II

MASUM diteruskan lagi dengan Fasa kedua di tempat yang berbeza dengan Masum Fasa pertama. MASUM Fasa II ini berlangsung selama 4 hari . USIM juga turut serta menghantar beberapa orang atlet untuk menyertai dalam beberapa acara olahraga seperti : 

-Badminton
- Tenis 
- Bola tampar 
- Ping pong 
- Hoki 

Bowling Padang


Keputusan MASUM untuk hari pertama bagi fasa 2 (25/8/2013)

Badminton berpasukan(W) : USIM 2-3 IIUM(1 tengahari)
                                                   : USIM 0-5 UPSI(8 malam)
Badminton berpasukan(L)  : USIM 0-5 USM(4 petang)
Ping Pong berpasukan (L)   : USIM 4-1 UMS(10 pagi)
                                                   : USIM 2-3 IIUM(3 petang)
Tenis berpasukan(L)             : USIM 2-3 UTM
Tenis berpasukan(W)            : USIM 0-3 UniMAP
Bowling Padang(L)                : USIM 8-21 UTHM 
                                                   : USIM 6-21 UiTM


Keputusan MASUM (26/8/2013)

Badminton(L)          : UNISZA 4-1 USIM
Badminton(W)        : UPM 5-0 USIM
Bola Tampar(L)       : UPM 1-2 USIM
Bola Tampar(W)     : UiTM 2-0 USIM
Ping Pong(W)          : USIM 0-3 USM
Tenis berteam (L)   : IIUM 5-0 USIM
Tenis berteam (W) : UTM 3-0 USIM

Keputusan MASUM (27/8/2013)

Bola Tampar (L).               : UiTM 2-0 USIM
Bola Tampar (W)               : UTHM 2-0 USIM
Boling Padang (single-L)  : UM 15-20 USIM (suku akhir),
                                               : UiTM 21-6 USIM (separuh akhir)
Boling Padang (fours-L).  : USIM 9-10 UM (separuh akhir)
Ping Pong (L)                      : UTEM 2-3 USIM
Tenis (L)                               : USM 4-1 USIM

Keputusan MASUM (28/8/2013)

Bola Tampar (L)                 : UUM 2-0 USIM
Ping Pong (L)                      : UiTM 3-1 USIM(suku akhir)
Bola Tampar (double-W)  : USIM 0-16 UM(suku akhir)
Bola Tampar (triple-L).    : USIM 7-8 UiTM(suku akhir)

Perlawanan Hoki di Universiti Malaysia Kelantan(UMK) 



                                          Pasukan hoki USIM 
Perlawanan Pertama
USIM 0-6 UiTM

Perlawanan Kedua
USIM 1-6 USM
USIM 2-1 UMK



"Majulah sukan untuk USIM"

Information Security Assurance Seminar 2013




Seminar Keselamatan & Jaminan Maklumat (ISAS'13) merupakan salah satu usaha untuk merealisasikan matlamat keempat penubuhan USIM iaitu 'Meneroka dan Mengembalikan Tradisi Keilmuan Islam yang Terbilang Sesuai Dengan Persekitaran dan Teknologi Terkini'.

Seminar ini dianjurkan dengan harapan agar perkongsian ilmu berkaitan dengan bidang keselamatan dan teknologi maklumat dapat dicapai melalui sesi pembentangan kertas kerja yang diadakan sekaligus mengambil manfaat daripada ilmu tersebut.

Seminar ISAS'13 ini dianjurkan oleh pelajar tahun tiga ,Program Sains Komputer (Keselamatan & Jaminan Maklumat), Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Sains Islam Malaysia(USIM) secara tahunan.  Berikut adalah maklumat lanjut program:
  • 28 September 2013 
  • Dewan Kuliah Pusat (DKP 4)
  • 8.00-5.00pm
  • Yuran : RM20
Antara perkara-perkara yang dikongsikan dalam seminar ini adalah berkaitan tentang :
  • 3 jenis serangan 
  • "Security Awareness in Academic   Environment"
  • "Forensic Computer-Incident Handling"
ISAS'13 membawakantiga orang  jemputan khas yang pakar dalam bidang komputer dan teknologi untuk berkongsi ilmu dan pengalaman.Antaranya ialah 
  • Encik Rauf Ridzuan -Security Response Engineer at Symantec Asia Pacific , Singapore.
  • Puan Nor Azuwa Muhamad Pahri-CSIM,PCIP,CSSA,SANS GSEC,ISMS Lead Auditor,Specialist,Head of Security Assurance Department,CyberSecurity.
  • Encik Muhammad Muslim Bin Mansor-Forensic Analyst, Shell Corporation.




Persembahan pelajar (PDF Exploit)


EC-Council Booth


SKMM Booth (Cross word game and security quiz)


EC-Council Slot


"BE SAFE , TRUST NO ONE , AND BE SECURED"

MASUM 2013 FASA I

MAJLIS SUKAN UNIVERSITI MALAYSIA atau lebih dikenali sebagai MASUM terdiri dari dua fasa iaitu fasa satu dan dua. MASUM fasa satu ini telah berlangsung pada 19/8/2013 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIA), Gombak. Universiti Sains Islam Malaysia telah menghantar beberapa atlet yang terpilih dan terlatih untuk mewakili USIM dalam beberapa acara. Antaranya ialah
  • Bola Baling 
  • Futsal
  • Ragbi
  • Bola Jaring
  • Silat 
  • Memanah 
  • Badminton 
  • Tenis
  • Bola Tampar 
  • Ping Pong
  • Bowling Padang 


Pertunjukan bunga api


Perbarisan atlet USIM
Perbarisan
Pasukan Memanah

Imran pelajar tahun 3 perubatan cedera 

Atlet Ragbi cedera dan mendapat rawatan

Atlet silat USIM, Ain Najwa melawan UPNM dalam pusingan terakhir

Keputusan akhir MASUM fasa 1 :

Rugby - UM 79-0 USIM
Futsal(L) - USIM 7-2 USM
Futsal(L) - USIM 0-9 UNISZA
Futsal(L) - UM 2-5 USIM
Futsal(L) - USIM 1-2 UUM
Bola Baling(W) - USIM 0-19 UiTM
Bola Baling(L) - USIM 5-9 UTHM
Bola Baling(W) - USIM 2-9 USM
Bola Baling(L) - USIM 5-23 UiTM
Bola Jaring - USIM 18-22 UTHM

Tahniah kepada atlet USIM dengan kejayaan yang membanggakan dengan memperoleh peringkat ke-15 dari 20 IPTA.

1 Perak - Pencak silat kelas B (50-55kg) - putera.
3 Gangsa - Memanah (pusingan olimpik berpasukan lelaki recurve) dan pencak silat Kelas B dan E - puteri


"Majulah sukan untuk USIM"


Sunday, March 30, 2014

INDUKSI KEPIMPINAN & HALATUJU SEKREFAST SESI 2013/2014

 " Tidak ada kepimpinan bagi seseorang yang tidak amanah dan tidaklah ada manfaat beragama bagi seseorang yang tidak memegang janji". 
( HR Ahmad )


'Induksi Kepimpinan  & Halatuju SekreFaST sesi 2013/2014' merupakan suatu program di bawah anjuran Sekretariat Fakulti Sains dan Teknologi, SekreFaST. Program ini telah berlangsung selama dua hari bermula pada 25  Ogos sehigga 26 Ogos 2013 di Berhulu Camp, Jempol Negeri Sembilan. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mendedahkan dan memperhaluskan kemahiran kepimpinan para pemimpin yang memegang tampok kepimpinan Sekretriat Pelajar. 





Ahli Jawatankuasa SekreFaST dan wakilnya bersiap sedia untuk berangkat ke lokasi yang dituju



Harapan di akhir program ini semoga setiap individu yang terlibat dapat mengambil dan mempraktik input-input yang diberikan. Seterusnya sentiasa bersiap siaga untuk menjalankan tanggungjawab dan menjadi pemimpin mahasiswa Islam yang kompetensi dan berintegriti khasnya. Semoga terus thabat untuk memimpim ummah ke arah lakaran kecemerlangan Islam yang gemilang.

Seorang pemimpin adalah orang yang melihat lebih banyak daripada yang dilihat orang lain, 
melihat lebih jauh daripada yang dilihat orang lain, dan melihat sebelum orang lain melihat.

Saturday, March 22, 2014

Program Jalinan Kasih Ad-Deen Masyarakat

    Pada 27-28 April 2013, SekreFaST USIM telah menganjurkan Program Jalinan Kasih Ad-Deen Masyarakat Rohingya dengan kerjasama ICARE4N9Program ini bertujuan untuk mengeratkan dan merapatkan hubungan sesama muslim dengan masyarakat Rohingya kerana sesungguhnya setiap muslim itu adalah bersaudara. Program ini yang juga bermatlamatkan dengan menaiktarafkan kehidupan manusia seperti latihan kepimpinan keusahawanan, kerjasama dalam kumpulan, berfikir cara kreatif, professional, dan beretika.


    Seawal jam 7.30 kami bertolak ke Madrasah Hashimiyyah, Selayang untuk menjemput seramai 40 orang anak-anak Rohingya bagi program yang akan berlangsung selama 2 hari. Mereka menginap di Kolej Kediaman 1 sepanjang program ini. Pada Hari Sabtu, kami mengadakan sesi ta'aruf antara SekreFaST dengan anak-anak Rohingnya.  Seterusnya,  aktiviti permainan "Indoor & Outdoor War" dijalankan di sekitar Kolej Kediaman 1 diikuti dengan aktiviti Tadarus Quran bersama anak-anak Rohingya. Selepas seharian penuh dengan pelbagai aktiviti kami membawa anak-anak Rohingya untuk iftar dan solat tarawih bersama-sama di Masjid Putrajaya. 
   
    Pada keesokan harinya, kami mengadakan aktiviti luaran dengan membawa anak-anak Rohingnya ke KLCC untuk mencari barang persiapan Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi. Seusai itu, kami membawa mereka ke Kenanga Wholesale Mall untuk mencari barang-barang keperluan Aidilfitri yang masih belum mencukupi. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak yang terlibat yang bersama-sama mengembleng tenaga untuk menjayakan program ini.  

Di KLCC


 wajah ceria anak-anak Rohingya ketika membeli-belah di Kenanga Wholesale Mall



Kata Imam Al-Ghazali "Manusia adalah makhluk yang tidak boleh hidup tanpa masyarakat kerana dua faktor iaitu kehendak kepada keturunan dan mereka harus saling bantu-membantu".