Pages

Sunday, November 30, 2014

I-INOVA '14

بسم الله الرحمن الرحيم

i-INNOVA

Telah berlangsung Ekspo Inovasi Islam 1436H kali ke-5, bertemakan 'Commercialisation of Innovation for Ummah Well-Being', di Dewan Tuanku Canselor USIM. Terdapat pelbagai hasil inovasi yang menarik dipertandingkan dan dipamerkan oleh peserta-peserta dari serata Malaysia.
Manakala di bahagian kanan dewan terdapat pameran oleh setiap program di Fakulti Sains dan Teknologi (FST). Terdapat juga pelbagai aktiviti menarik seperti eksperimen dan permainan uji minda disediakan bagi setiap pengunjung yang hadir.

Gerai-gerai jualan juga dibuka di bahagian depan dan kanan dewan.
 Ekspo Inovasi Islam 1436H kali ke-5 ini berlangsung selama 3 hari, 28 - 30 November 2014 bersamaan 5 - 7 Safar 1436H.











#‎MEDIASEKREFAST‬
'Memimpin Eksplorasi Keilmuan'

Tuesday, November 25, 2014

SALAM IMTIHAN

بسم الله الرحمن الرحيم

SALAM IMTIHAN

SekreFaST mengucapkan selamat menduduki peperiksaan kepada semua pelajar Universiti Sains Islam Malaysia amnya dan Fakulti Sains dan Teknologi khususnya. Semoga ilmu yang ditimba selama satu semester ini dapat memberi manfaat kepada ummah sekaligus memaju diri sendiri untuk masa depan yang lebih terjamin. 


Wednesday, November 19, 2014

NU'MIN SAAH

بسم الله الرحمن الرحيم

NU'MIN SAAH



SPMM USIM dengan kerjasama sekretariat setiap fakulti termasuk SekreFaST ingin menghidupkan budaya liqa' serti ilmu dengan memantapkan budaya tazkirah kuliah/kelas.  Oleh itu, semua mahasiswa/i digalakkan untuk menghidupkan suasana ini di kuliah/ kelas masing- masing.


‪#‎MEDIASEKREFAST‬
"Memimpin Eksplorasi Keilmuan"

MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN MPP 2014/2015 & MANDAT NAIB CANSELOR USIM

بسم الله الرحمن الرحيم

MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN MPP 2014/2015 & MANDAT NAIB CANSELOR USIM

Sekalung ucapan tahniah dan takziah diucapkan kepada barisan Majlis Perwakilan Pelajar USIM sesi 2014/2015 atas pelantikan mereka bagi meneraju kepimpinan suara mahasiswa/i di USIM.

Langkah ini, langkah bersama.


#MEDIASEKREFAST
" Memimpin Eksplorasi Keilmuan "


Monday, November 10, 2014

PILIHANRAYA KAMPUS USIM 2014

بسم الله الرحمن الرحيم


PILIHAN RAYA KAMPUS USIM

Seluruh mahasiswa/i Universiti Sains Islam Malaysia diseru untuk turun mengundi bagi pilihanraya kampus pada hari Isnin, 10 November 2014. Setiap fakulti telah diagihkan kawasan pusat pengundian. Bagi Fakulti Sains & Teknologi, pusat pengundian bertempat di Aras 4, Bilik Tutorial 4.12 dan 4.13. Masa pengundian adalah bermula dari jam 9 pagi sehingga 5 petang.

Berikut adalah garis masa PRK USIM.


Antara calon yang bertanding di dalam pilihan raya kali ini bagi kerusi umum dan fakulti.







Pada 10 November 2014, telah dijalankan sesi pengundian calon. Saudari Aini Afiqah Mohd Safee, calon kerusi umum mewakili Fakulti Sains dan Teknologi telah memperoleh majoriti sebanyak 5603 undian. Manakala Saudara Muhammad Nor Amin Bin Jamaluddin dan Saudari Umi Nadzrah Abd Razak telah menang tanpa bertandingan bagi calon kerusi fakulti.



Semua mahasiswa/i menyahut seruan ini bersama bagi menunjukkan kecaknaan anda terhadap pilihanraya kampus. Tahniah dan Takziah, selamat maju jaya diucapkan kepada semua calon MPP sesi 2014/2015. Teruskan berkhidmat untuk kesejahteraan mahasiswa/i.

#MEDIASEKREFAST

" Memimpin Eksplorasi Keilmuan "

Sunday, November 9, 2014

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH

بسم الله الرحمن الرحيم

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH

9 November 2014 - Biro Kerohanian Sekrefast atau dikenali sebagai RoSe dengan kerjasama Masjid Sultan Hishamuddin Bandar Baru Salak Tinggi telah menganjurkan kursus pengurusan jenazah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang teknik-teknik yang betul untuk menguruskan jenazah. 






Sedikit sorotan video sekitar kursus pengurusan jenazah yang telah berlangsung .

‪#‎MEDIASEKREFAST‬
" Memimpin Eksplorasi Keilmuan"

Saturday, November 8, 2014

BENGKEL MULTIMEDIA DAN VIDEOGRAFI

ASSALAMUALAIKUM


BENGKEL MULTIMEDIA & VIDEOGRAFI 2014

8 Nov 2014 - Alhamdulillah, Unit Multimedia dan Penerbitan Sekretariat Pelajar Fakulti Sains dan Teknologi (SekreFaST) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama Sekretariat Mahasiswa Fakulti Ekonomi dan Muamalat, SekreFEM USIM bagi sesi 2014/2015 telah menganjurkan bengkel multimedia dan videografi yang bertujuan untuk menerapkan kemahiran-kemahiran dalam bidang multimedia dan videografi.

Bengkel ini merupakan bengkel tertutup inisiatif daripada Unit Multimedia dan Penerbitan SekreFaST USIM yang melibatkan beberapa orang wakil bagi setiap unit Sekretariat Fakulti Sains dan Teknologi (SekreFaST) dan Sekretariat Fakulti Ekonomi dan Muamalat (SekreFEM). Bengkel ini mensasarkan beberapa objektif utama iaitu memberi pendedahan kepada barisan SekreFaST dan SekreFEM sesi 2014/2015 mengenai kepentingan pengetahuan tentang teknologi media pada masa kini terutama dalam penyebaran dakwah dan juga mendedahkan barisan SekreFasT dan SekreFEM tentang multimedia dan pembikinan video dalam menjayakan program yang bertujuan menyebarkan dakwah serta informasi  kepada mahasiswa dan mahasiswi USIM.


Dua orang tenaga pengajar yang berpengalaman telah dijemput untuk mengajarkan teknik penggunaan Adobe Photoshop iaitu Saudara Muhammad Nor Amin Bin Jamaluddin dan Saudara Syed Ubaydillah bagi teknik videografi. Pihak SekreFaST mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kerana sudi meluangkan masa hujung minggu bagi menyumbangkan tenaga untuk menjayakan bengkel ini. Di samping itu, pihak SekreFaST merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada Saudara Amin yang baru sahaja dilantik sebagai Majlis Perwakilan Pelajar bagi kawasan Fakulti Sains dan Teknologi 2014/2015.


Unit Multimedia dan Penerbitan SekreFaST mengucapakan tahniah kepada para peserta yang hadir ke bengkel ini. Semoga ilmu yang diperoleh hari ini dapat dimanfaatkan pada jalan yang betul.







"MEMIMPIN EKSPLORASI KEILMUAN"
Media SekreFaST