Pages

Wednesday, September 10, 2014

MESYUARAT BERSAMA TNC

بسم الله الرحمن الرحيم

MESYUARAT BERSAMA TNC USIM

Rabu, 10 SEPTEMBER 2014 - Berikutan hasil mesyuarat yang diadakan bersama TNC Dato Mohamed Asin Dollah, pegawai Jabatan Pembangunan & Pengurusan Fasiliti beserta beberapa lagi wakil daripada pihak berwajib, terdapat beberapa penambahbaikan telah dipersetujui bagi meningkatkan mutu perkhidmatan bas bagi seluruh warga Universiti Sains Islam Malaysia.


Antara penambahbaikan yang dipersetujui dalam mesyuarat semalam adalah:
1. Bas no.06 iaitu bas yang melalui Fakulti Sains dan Teknologi akan melalui seluruh fakulti, tidak lagi hanya bergerak ke Kolej Kediaman Satu dan Fakulti Ekonomi Muamalat sahaja.
2. Pergerakan bas no.06 akan bermula jam 7.15 pagi sehingga jam 10.30 malam secara berterusan menggunakan kaedah shuttle. Pelajar yang hendak bergerak ke mana-mana fakulti atau kolej kediaman dibenarkan menaiki bas no.06.
3. Pergerakan bas pada hari Jumaat, iaitu selepas solat Jumaat diawalkan padd jam 2.15 petang berbanding jadual lama 2.45 petang bagi mengelakkan pelajar menunggu lama selepas solat jumaat.
4. Nombor pihak yang boleh dihubungi sekiranya terdapat kejadian bas tiada untuk waktu yang lama atau bas tidak bergerak pada waktu yang sepatutnya akan disertakan pada jadual bas yang baharu. 



Pelajar dibenarkan untuk menghubungi nombor yang diberikan bagi kes-kes seperti yang disebutkan sahaja. Nombor yang boleh dihubungi adalah seperti berikut:

i. Bas no.01 (shuttle bas di dalam USIM) dan no.06 (FST): 017-653 4929 (En.Azizul)
ii. Bas no.02 (Acacia) dan no.05 (Nilam Court): 019-366 6501 (En.Roslan)
iii. Bas no.03 (Jati): 012-486 8379 (En.Shahidan)
iv. Bas no.04 (Sutera Indah): 012-6879571 (En.Omar)
5. Jadual bas yang baru boleh diakses melalui estudent dalam masa terdekat.
6. Berkenaan sekatan kepada pelajar baharu untuk membawa kenderaan masih lagi dalam peringkat perbincangan pentadbiran universiti. Masih tiada lagi pekeliling yang dikeluarkan bagi dasar baru itu.
7. Majlis Perwakilan Pelajar Usim mencadangkan agar sistem ini dipantau perlaksanaannya dalam masa 2 minggu. Sekiranya perkhidmatan bas tidak dapat memenuhi keperluan warga USIM, kami menuntut agar dasar ini tidak dilaksanakan demi kemudahan pelajar.

P/s:
1. Pelajar diharap telus dalam memberikan sebarang laporan berkenaan perkhidmatan bas.
2. Sila rancang waktu anda hendak menaiki bas pada waktu pagi agar tiada kesesakan serta kelambatan yang berlaku.
3.Sekiranya anda mempunyai sebarang idea,pandangan,laporan atau memerlukan perbincangan bersama MPP USIM, anda dialu-alukan untuk hadir ke pejabat MPP di bangunan HEP atau pm sahaja mana-mana ahli majlis perwakilan pelajar untuk sebarang perjumpaan.


‪#‎MEDIASEKREFAST‬
"Memimpin Eksplorasi Keilmuan"

No comments:

Post a Comment