Pages

Monday, September 29, 2014

SUKAN ANTARA FAKULTI (SUFA 2014)

بسم الله الرحمن الرحيم

SUKAN ANTARA FAKULTI (SUFA 2014)

Pada 17 September hingga 11 Oktober 2014, telah berlangsung satu daripada acara tahunan Universiti Sains Islam Malaysia iaitu Sukan antara Fakulti (SUFA). Tahniah diucapkan kepada atlet USIM amnya dan FST khususnya yang telah berjaya meraih kedudukan di dalam acara yang dipertandingkan. 

Berikut adalah keputusan keseluruhan bagi setiap acara yang dipertandingkan di dalam Sukan Antara Fakulti 2014.


Seterusnya, turut dipaparkan gambar-gambar pasukan atlet FST yang berjaya meraih pingat dalam acara yang dipertandingkan.












TAHNIAH

#MEDIASEKREFAST
#StayFit

Saturday, September 20, 2014

YOUTH CIRCLE : BENGKEL RAIS/AH

بسم الله الرحمن الرحيم

YOUTH CIRCLE : BENGKEL RAIS/AH

Pada 10 November 2014, SekreFaST telah menganjurkan Bengkel Rais dan Raisah yang melibatkan rais/ah FST bagi memberi memberi gambaran keperluan yang perlu dibawa oleh seorang Rais'ah ketika di dalam liqa. Bengkel ini juga bertujuan untuk memberi pendidikan awal kepada para rais'ah untuk menjadi rais'ah yang berjaya.

turut diundang, rais berpengalaman sebagai wakil dari Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia  SPMM USIM bagi memberi perkongsian dan pengalaman dalam mengendalikan liqa.








#MEDIASEKREFAST
Memimpin Eksplorasi Kelimuan

Wednesday, September 10, 2014

MESYUARAT BERSAMA TNC

بسم الله الرحمن الرحيم

MESYUARAT BERSAMA TNC USIM

Rabu, 10 SEPTEMBER 2014 - Berikutan hasil mesyuarat yang diadakan bersama TNC Dato Mohamed Asin Dollah, pegawai Jabatan Pembangunan & Pengurusan Fasiliti beserta beberapa lagi wakil daripada pihak berwajib, terdapat beberapa penambahbaikan telah dipersetujui bagi meningkatkan mutu perkhidmatan bas bagi seluruh warga Universiti Sains Islam Malaysia.


Antara penambahbaikan yang dipersetujui dalam mesyuarat semalam adalah:
1. Bas no.06 iaitu bas yang melalui Fakulti Sains dan Teknologi akan melalui seluruh fakulti, tidak lagi hanya bergerak ke Kolej Kediaman Satu dan Fakulti Ekonomi Muamalat sahaja.
2. Pergerakan bas no.06 akan bermula jam 7.15 pagi sehingga jam 10.30 malam secara berterusan menggunakan kaedah shuttle. Pelajar yang hendak bergerak ke mana-mana fakulti atau kolej kediaman dibenarkan menaiki bas no.06.
3. Pergerakan bas pada hari Jumaat, iaitu selepas solat Jumaat diawalkan padd jam 2.15 petang berbanding jadual lama 2.45 petang bagi mengelakkan pelajar menunggu lama selepas solat jumaat.
4. Nombor pihak yang boleh dihubungi sekiranya terdapat kejadian bas tiada untuk waktu yang lama atau bas tidak bergerak pada waktu yang sepatutnya akan disertakan pada jadual bas yang baharu. 



Pelajar dibenarkan untuk menghubungi nombor yang diberikan bagi kes-kes seperti yang disebutkan sahaja. Nombor yang boleh dihubungi adalah seperti berikut:

i. Bas no.01 (shuttle bas di dalam USIM) dan no.06 (FST): 017-653 4929 (En.Azizul)
ii. Bas no.02 (Acacia) dan no.05 (Nilam Court): 019-366 6501 (En.Roslan)
iii. Bas no.03 (Jati): 012-486 8379 (En.Shahidan)
iv. Bas no.04 (Sutera Indah): 012-6879571 (En.Omar)
5. Jadual bas yang baru boleh diakses melalui estudent dalam masa terdekat.
6. Berkenaan sekatan kepada pelajar baharu untuk membawa kenderaan masih lagi dalam peringkat perbincangan pentadbiran universiti. Masih tiada lagi pekeliling yang dikeluarkan bagi dasar baru itu.
7. Majlis Perwakilan Pelajar Usim mencadangkan agar sistem ini dipantau perlaksanaannya dalam masa 2 minggu. Sekiranya perkhidmatan bas tidak dapat memenuhi keperluan warga USIM, kami menuntut agar dasar ini tidak dilaksanakan demi kemudahan pelajar.

P/s:
1. Pelajar diharap telus dalam memberikan sebarang laporan berkenaan perkhidmatan bas.
2. Sila rancang waktu anda hendak menaiki bas pada waktu pagi agar tiada kesesakan serta kelambatan yang berlaku.
3.Sekiranya anda mempunyai sebarang idea,pandangan,laporan atau memerlukan perbincangan bersama MPP USIM, anda dialu-alukan untuk hadir ke pejabat MPP di bangunan HEP atau pm sahaja mana-mana ahli majlis perwakilan pelajar untuk sebarang perjumpaan.


‪#‎MEDIASEKREFAST‬
"Memimpin Eksplorasi Keilmuan"

Monday, September 8, 2014

MINGGU CAKNA PALESTIN

بسم الله الرحمن الرحيم

MINGGU CAKNA PALESTIN



Isu Palestin hangat diperkatakan pada masa kini. Demi menyahut seruan,  pada 8 September sehingga 12 September 2014, pihak SekreFaST serta kumpulan GISO menganjurkan program Minggu Cakna Palestin bagi memberi kesedaran kepada warga USIM khususnya tentang pergolakan yang sedang berlaku di bumi Palestin itu .


Antara aktiviti yang dijalankan adalah Bicara Ummah : Palestin Berdarah Kembali yang disampaikan oleh Brother Aiman dan Brother Basel pada 9 September bertempat di DKP 3 pada jam 8 malam. Batu menjadi saksi, bumi Jihad ini terus dizalimi dan hari ini Palestin berdarah kembali. Apakah kita masih tegar berdiam diri tanpa sekelumit belas?

From river to the sea, 
Palestine will be Free.



Professor Dato' Dr Musa Ahmad Naib Canselor USIM  turut menyampaikan sebuah Puisi, sempena Majlis Penutupan Minggu Cakna Palestin.

 

#‎MEDIASEKREFAST‬
"Memimpin Eksplorasi Keilmuan".

Monday, September 1, 2014

SELAMAT DATANG MAHASISWA/I SESI 2014/2015


بسم الله الرحمن الرحيم


Isnin, 1 SEPTEMBER 2015 - Sekretariat Pelajar Fakulti Sains dan Teknologi (SekreFaST) bagi sesi 2014/2014 mengucapkan selamat kembali ke medan ilmu kepada semua mahasiswa dan mahasiswi Fakulti Sains dan teknologi khususnya dan USIM amnya bagi sesi akademik 2014/2015. 

Tahniah dan selamat datang juga diucapkan kepada mahasiswa/i baharu UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA [USIM] sesi 2014/2015. Terokailah keindahan mutiara ilmu yang tertanam disebalik kemegahan nama varsiti ini agar muliaannya mampu menjadi pedoman dan cahaya dalam memandu hidup ke arah redhaNya di dunia dan akhirat.



‪#‎MEDIASEKREFAST‬
"Memimpin Eksplorasi Keilmuan"