Pages

Tuesday, April 29, 2014

MAJLIS SOLAT HAJAT & IFTAR JAMAIE FST

 
 
Majlis Solat Hajat dan Iftar Jamaie FST ini diadakan bersempena peperiksaan akhir semester 1 2013/2014. Majlis ini akan diadakan pada setiap hujung semester sebelum menghadapi peperiksaan akhir semester. Majlis ini diadakan di Pusat Komersil pada 16 Disember 2013. Menu yang disediakan untuk iftar jamaie ini ialah nasi dagang.

SAMBUTAN 10 TAHUN FST

 
 
 
Majlis Sambutan 10 Tahun Fakulti Sains dan Teknologi telah diadakan pada 2 Disember 2013 bersempana dengan ulang tahun Fakulti Sains dan Teknologi yang ke sepuluh. Fakulti Sains dan Teknologi ditubuhkan pada 10 tahun yang lalu dengan pengambilan sulung pelajar program bioteknologi makanan. Kini, FST telah mempunyai lapan program dan yang terbaru program kejuruteraan elektronik. Majlis yang meriah ini dihadiri oleh semua warga FST dengan memakai baju tema turquoise. Majlis yang menarik perhatian tetamu kehormat ini berlangsung di DKS 1.1 dan DKS 2 dengan pelbagai acara gimik yang sungguh mengujakan serta persembahan nyanyian pensyarah dan pelajar yang amat menghiburkan.















 
 
 

Monday, April 28, 2014

SuFaST 2013



Pada 16-17 November 2013, Fakulti Sains dan Teknologi telah mengadakan Sukan Fakulti dibawah kelolaan Biro Sukan SekreFaST. Sukan Fakulti yang berlangsung selama dua hari ini telah diadakan di Pavillion USIM.

Antara acara yang dipertandingkan :

Balapan ( 100m, 2x200m, 4x400m )
Futsal
Bola Jaring
Bola Tampar
Badminton
Chess
Scrabble











Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Teruskan usaha untuk SuFasST yang seterusnya seperti kata Mae West " The score never interested me, only the game".

Jom Rancang 2014


Biro akademik SekreFaST telah mengadakan program Jom Rancang dengan membawa matlamat untuk memacu masa hadapan yang mantap. Program ini menampilkan jemputan khas iaitu Encik Mohammad Zain Bin Razak yang akan mengupas tajuk "Aktif berpesatuan Menggangu Prestasi Pelajar?Benarkah?". Sesi kedua pula ialah  slot bersama alumni atau pensyarah FST bertajuk "Cabaran Alam Pekerjaan" yang bertempat di FKP. Program ini diadakan pada 22 Febuari 2014 dan bertempat di Dewan Kuliah Pusat 4(DKP 4). Pelajar tahun 1 diwajibkan menyertai program ini.
 
 
 
"Manusia merancang dan Allah juga merancang, sebaik-sebaik rancangan itu adalah perancangan Allah."
 

Saturday, April 12, 2014

Applied Physics Seminar 2013



On 6th October 2013,Sunday "Seminar Kebangsaan Sains Islam  Applied Physics Seminar 2013" was held at Dewan Kuliah Utama Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah USIM, Nilai. This seminar  was organized by students of Applied Physics course. This talk was given by three professional and well-known speakers.

SPEAKER 1:
Prof Wan Ahmad Tajuddin bin Abdullah (Professor at Department of Physics, Universiti of Malaya )
Title: Quantum Physics and the Islamic Points of View

SPEAKER 2 :
Ir Faridul Farhan bin Abd Wahab, ( an engineer, a columnist in Majalah Jom!, also the owner of blog 'Tadabbur al-engineer', http://farhan-albanna.blogspot.com/)
Title: Harmony in Both Science and Religion.

SPEAKER 3 :
Dr Azman bin Hashim @ Ismail (Lecturer of Applied Physics USIM, also director of PPKPK [pusat perancangan korporat & pengurusan kualiti])
Title: Supercapacitoor for Future Application




'A milestone towards muslims innovation'