Pages

Wednesday, January 29, 2014

Program awal yang dikelola oleh SekreFaST 2013/2014 adalah "Program Solat Tarawih & Tazkirah Bersama Imam Muda Gaza"
Bertempat di Kolej Kediaman Nilam Court Pada tarikh 24 Julai 2013 Hari Rabu Bersamaan 15 Ramadan 1434 H

Program mendapat sambutan yang agak memberangsangkan daripada pelajar Tamhidi Sesi 2013/2014. Pada masa itu pelajar ijazah sarjana muda sedang bercuti.





Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Salam ta'aruf
Salam muhibbah
Salam 1 USIM

Sekretariat Pelajar Fakulti Sains dan Teknologi 2013/2014 secara rasminya dilantik pada 1 Julai 2013.
Seramai 52 orang telah dilantik ketika itu sebagai ahli SekreFaST 2013/2014. 


Visi :

Pemimpin dalam kesarjanaan sains dan teknologi yang berakhlak dan kredibilti tinggi seterusnya menjadi rujuk utama dalam menaiki mercu imtiaz USIM sebagai universiti terulung.


Misi :

1) Memacu kesarjanaan sains dan teknologi kearah mahasiswa dan mahasiswi yang mempunyai teras ilmu aqli dan naqli yang kuat dan seimbang.

2) Pendorong kecemerlangan akhlak dan sahsiah yang terpuji,produktif dan proaktif merangkumi aspek duniawi dan ukhrawi ke arah kemajuan ummah.

3) Menjadi peneraju kepimpinan berwibawa dan berkualiti dalam kalangan warga FST khususnya dan USIM amnya.

4) Menjadi wasilah antara pelajar FST dengan pihak pengurusan FST dalam menyampaikan sebarang isu seterusnya mendekatkan lagi FST dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi FST.

Monday, January 27, 2014

Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT)

Tahun ini USIM bakal menghantar sebanyak 8 pasukan bagi mewakili kontinjen USIM untuk bersaing bagi merebut pingat pada kali ini pada 3 hingga 16 FEBRUARI 2014 bertempat di UiTM Shah Alam iaitu dalam acara :

- Bola Jaring
- Bola Tampar
- Ragbi
- Taekwondo
- Boling Padang
- Memanah
- Silat

- Tenis

SekreFaST senantiasa menyokong pasukan USIM dan kami berharap para atlet melakar kejayaan yang membanggakan di samping menaikkan nama Islam di mata dunia. 

Islamic Festival of Science and Technology
Festival Islam Sains dan Teknologi
Mahrajan al-Islami al-'ulum wa tiknulujiya

24 February - 1 March 2014

THEME : "Legacy of Golden Age"

The Islamic Golden Age is traditionally dated from the mid-8th to the 16th centuries where artists, engineers, scholars, poets, philosophers, geographers and traders in the Islamic world contributed to agriculture, the arts, economics, industry, law, literature, navigation, philosophy, sciences, sociology, and technology, both by preserving earlier traditions and by adding inventions and innovations of their own. Muslim scholars made a unique culture that has directly and indirectly influenced societies on every continent. Islamic Festival of Science and Technology is a momento to relive the spirit of the Muslim scholars, promoting that Science is part of the beauty of Islam created by Allah still to be explored and discovered.

************************************************************************************************************

Zaman Kegemilangan Islam secara umumnya bermula dari pertengahan abad ke-8 sehinggalah abad ke-16 di mana artis, jurutera, ulama, penyair, ahli falsafah, ahli geografi dan peniaga dalam dunia Islam menyumbang kepada pertanian, seni, ekonomi, industri, undang-undang, kesusasteraan, pelayaran , falsafah, sains, sosiologi, dan teknologi, pada masa yang sama tetap memelihara tradisi terdahulu disamping menghasilkan ciptaan dan inovasi mereka sendiri. Sarjana Islam juga telah mewujudkan satu budaya yang unik, dimana secara langsung mahupun tidak ianya telah berjaya mempengaruhi masyarakat di setiap benua. Festival Islam Sains dan Teknologi adalah satu simbolik kenangan untuk mengenang kembali semangat sarjana Islam, menjelaskan bahawa Sains adalah sebahagian daripada keindahan Islam yang dicipta oleh Allah yang masih perlu diterokai dan dikaji.

#ifest2014